Okey..Ziela nak sambung story saat Ziela melahirkan Zahra..
Actually, cerita tak la panjang bebenor..cuma perlu ambik masa nak menaip disebabkan banyak tumpuan diperlukan oleh Zahra..haish..dia sangat sensitif..even tidur pun payah sangat nak lena..
Orang kata, baby dalam hari memang macam tu..
Harap2 lepas pantang ni, mood dia semakin okey..
Kalau tak..penat mama!!
Okey..bila doktor beritau Ziela yang Ziela harus deliver baby hari tu jugak..
Ziela mula la nak menangis...sangat takut!!
Ziela pun bertanya..apa prosedur yang akan Ziela hadapi nanti?
Maklum lah..ini 1st baby Ziela..so apa pun Ziela tak tau..huhu
Tu la kan..sape suruh berlagak taknak dengar pengalaman orang lain bersalin..
So padan muka kau!!
Doc terangkan yang dia akan pecahkan air ketuban Ziela..dan Ziela akan dihantar ke labour room..
Then diorang akan masukkan ubat untuk percepatan bukaan bagi memudahkan Ziela bersalin..
Hmm...So kalau nak tau..kat situ jugak air ketuban Ziela dipecahkan...
Sangat sakit okey!!
Tuhan je tau bila Doc rodok kat bawah tu dengan stick...OMG!!
Ziela tak menjerit..tapi automatik punggung Ziela terangkat sebab menahan sakit..
Then selepas air ketuban pecah..Ziela dipakaikan pad dan ditolak dengan wheelchair ke labour room..
Kesian Encik Suami...ikut ke mana saja Ziela pergi..
Dalam labour room pun dia temankan Ziela 24hours..
Encik suami..saya sayang awak!!!
Hm...So anggapan Ziela yang labour room tu pusat pengumpulan ibu2 nak meletop tu salah...
Maksud Ziela..dalam otak ni pikir akan ada sebaris katil2 dengan ibu2 yang nak meletop..huahuahua..
Tapi takkk...
Di HSAJB ni...labour room sangat best! Macam wad 1st class..siap toilet lagi kau...
So sangat selesa la Ziela rasa..
Tapi tu perasaan sebelum ubat Pitocin di masukkan dalam badan Ziela..
Bila Pitocin tu dah start dimasukkan..dan dos mula dinaikkan setiap 1 jam..OMG!!
Sangat sakit...macam senggugut..rasa nak baring macam udang...
Then..setiap 2jam Ziela akan diseluk untuk cek bukaan..
So tiap kali diseluk...tetap bukaan 3cm..
Akhirnya dari pukul 12 tengahari Ziela masuk labour room until pukul 10 malam masih jugak 3cm...
So rombongan doc seramai2nye pun masuk..
Diorang bagi penerangan pada Ziela n encik suami..yang Ziela gagal IOL..
Jadinya..diorang decide untuk buat c-sec..
Rasa nak nangis sebab takut..
Time tu jugak Ziela pegang tangan Encik Suami...
Mintak ampun banyak2..Ziela takut sangat umur tak panjang ke..ape ke..
Tapi ape2 pun kami bersetuju untuk buat c-sec tu..demi Zahra..
Kami nak Zahra selamat..
~ masa ni pitocin masuk dose tinggi..sakit sangat..but bukaan still 3cm ~
Dengan segera..Ziela ditukarkan baju..di pakai kan hair cover..
Dan pelbagai dokumen n surat Ziela perlu tandatangan..
Sambil tandatangan tu..mulut doc tu terkumat kamit terangkan bahaya dan risiko c-sec pada Ziela dan suami
0 orang berminat cerita nie: