Followers

Sentap Gilos!!


Rasa macam nak marah je kan..
Tak ape silapnye...orang lain pakai baju bersanding Ziela!!
Tension nye!!
Today Ziela nak jumpe balik bridal Ziela..
Apa pun jadi, Ziela nak baju baru jugak!!

Ni la baju pengantin lelaki Ziela nanti..
Tapi dah ade orang lain pakai pulak...T_T


So bende ni dah jadi tak exclusive lagi dah...
Thanx God baju pengantin perempuan Ziela tak jumpe lagi ade orang pakai..
Kalo tak..................


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul buat semua..

Jom kita luangkan masa sebentar untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim 


اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم


~ source : google ~


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

Pra - pernikahan


Last Monday Ziela ambil cuti khas untuk menyetelkan urusan pernikahan Ziela..
Sebelum nie Ziela tak update tentang Ziela ambil borang di pejabat agama,
lepas tu buat HIV test, akuan bujang dan mencari para saksi untuk 
pernikahan Ziela nanti..
Alhamdulillah semua dapat Ziela lakukan dengan mudah dan lancar..

Okay, FYI..Ziela berurusan dengan Pejabat Agama Daerah Pontian..
Alhamdulillah semua selesai walaupun Ziela terpaksa 
berulang dari pejabat agama ke rumah dan kembali ke pejabat agama semula
dek terlupa nak sertakan sijil kematian arwah abah Ziela..
So untuk B2B yang lain, yang mane ayah dah meninggal tu,
 if nak pakai abang sebagai wali, jangan lupa ya sertakan sijil nikah ibubapa 
dan sijil kematian ayah..
Ini untuk negeri Johor je kot..negeri lain Ziela tak tau..

So after hantar semua borang yang berkenaan..
macam biasa la..di Johor kite kena attend inteview..
Soalan2 yang ditanya :

1- Mengucap 2 kalimah syahadah
2- Membaca Al-Fatihah
3- Membaca doa Qunut
4- Munakahat
5- Toharah
6- Tangunggjawab Isteri

Mudah je kan?
After dah setel temuduga, n Ziela LULUS..
Pihak pejabat agama bagi Ziela dokumen yang perlu Ziela tunjukkan
dan serahkan kepada Kadi..

Kadi nie mengikut mukim..
So Ziela dapat Kadi mukim Api2..Ustaz Bachok..
Mungkin Ustaz nie sibuk..jadi memang agak susah nak jumpe..
Ziela sendiri terpaksa berulang banyak kali 
sampai la lepas Asar baru Ziela bertemu di mesjid semasa beliau mengajar kelas mengaji..

Setelah beliau menyemak jadual, seperti yang Ziela pinta,
alhamdulillah dapat jugak Ziela nikah pada 23 Mac tu
selepas Zuhur..Happy nyee...

So setel satu perkara...
Lepas nie nak setelkan yang lain pulak ^_^


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

REVIEW : Bridal

Okay, hari nie Ziela nak review bridal Ziela..
Nama bridal yang Ziela ambik nie Nur Kaseh Bridal..
Mungkin orang Pontian ramai yang dah tau n kenal Nur Kaseh Bridal nie..
Ziela pilih Nur Kaseh sebab baju2 kat sini sangat la cantik dan memenuhi kehendak Ziela..
Pakej2 yang ada pun cukup menarik..
dan agak memuaskan hati para mempelai yang bakal melangsungkan perkahwinan..


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

Baju Pengantin Lelaki

Salam...
Adui..bz betul Ziela sekarang nie..
Terlalu banyak bende yang nak disiapkan dalam masa yang terdekat nie..
Untuk hari nie..kebetulan Encik Tunang ade datang sini untuk 
setelkan borang pernikahan kami nanti..so Ziela bawak la beliau
untuk mencuba baju pengantin yang dah siap tu..


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

Persediaan Perkahwinan

Assalamualaikum...
Dengan lafaz Bismillah..
Bersyukur sangat kerana dengan limpah kurniaan Allah SWT,
dapat lagi Ziela bernafas dengan cerianya hari nie..
Maka dengan bermulanya hari yang cerah ini.. 
maka bermulalah entry Ziela yang pertama sebagai B2B..
walaupun dah terlambat..tapi Ziela tetap jugak nk kongsi 
persediaan Ziela menjadi raja sehari nie..hehe


Alhamdulillah..ikatan pertunangan yang termeterai 
setaun yang lalu akhirnya Ziela dan Arul 
mengambil keputusan menamatkan zaman bujang kami 
pada 23 dan 24hb March nanti..


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^





Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela