Followers

Happy Anniversary For US!!


Assalamualaikum

Alhamdulillah genap setahun perkahwinan kami..


Buat Suamiku..Di hari ulangtahun perkahwinan yang pertama ini, ingin isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan. Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita..Amin



Mama sayang papa ketat-ketat..hehehe


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

Majlis Cukur Jambul Dan Kesyukuran Nur Hanis Zahra


Assalamualaikum

Majlis ni diadakan masa umur Hanis genap 3 bulan..
Malangnya semasa majlis tersebut..Hanis pulak tak sihat..
Silap Ziela sebab abaikan penjagaan kebersihan botol susu Hanis..
Ish..Tak mungkin akan berlaku lagi..
Hanis cirit birit on that time..
Sedih sangat!!

Dia meragam sentiasa..
Maybe perut sakit..
Semua serba tak kena..
Ziela pun agak huru hara..hinggakan tetamu datang pun jadi tak terlayan..
Apa-apa pun..buat tetamu Ziela..maaf sangat2 jika layanan kurang memuaskan
Mintak halal ye apa2 yang kurang..huhu

~ Hanis semasa majlis..kesian anak mama sakit perut ~

~ Hanis with mama..tak boleh berenggang ~



Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

Nur Hanis Zahra kerap menangis


Assalamualaikum

Nur Hanis Zahra kerap menangis..
Yess..dia selalu menangis..
Pada awalnya Ziela ingat baby dalam pantang memang macam tu..
Tapi until umur dia 2 bulan..dia masih jugak menangis..

Dah macam usaha Ziela dan suami lakukan..
Baik berubat hospital (sebab hidung dia pun ada lendir..)
Sampai la berubat secara kampung..
Tapi tetap sama..
Hai la..
Sampai bingung kami suami isteri..


Akhirnya atas nasihat daripada orang2 tua..
Panggilan Zahra di tukar..
Syukur sangat sebab kami letak nama dia panjang2..hehe
Jadi ada pilihan untuk letak nama panggilan..
Dari Zahra kami panggil Hanis..

Then..segalanya berubah..
Hanis dah mula kurang menangis..kurang meragam..
Lendir dalam hidung pun mulai hilang...
Rasa syukur sangat2..

Hm..penting jugak pemilihan nama..
Dengan nama Hanis jadi kekuatan buat dirinya..
Ziela pun tak pasti kenapa..

Nur Hanis Zahra ~ Cahaya, Berani, Bunga



Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

Pabila Zahra Dilahirkan ~ Part 2 ~

~ Assalamualaikum ~
Okey..Ziela nak sambung story saat Ziela melahirkan Zahra..
Actually, cerita tak la panjang bebenor..cuma perlu ambik masa nak menaip disebabkan banyak tumpuan diperlukan oleh Zahra..haish..dia sangat sensitif..even tidur pun payah sangat nak lena..
Orang kata, baby dalam hari memang macam tu..
Harap2 lepas pantang ni, mood dia semakin okey..
Kalau tak..penat mama!!

Okey..bila doktor beritau Ziela yang Ziela harus deliver baby hari tu jugak..
Ziela mula la nak menangis...sangat takut!!
Ziela pun bertanya..apa prosedur yang akan Ziela hadapi nanti?
Maklum lah..ini 1st baby Ziela..so apa pun Ziela tak tau..huhu
Tu la kan..sape suruh berlagak taknak dengar pengalaman orang lain bersalin..
So padan muka kau!!
Doc terangkan yang dia akan pecahkan air ketuban Ziela..dan Ziela akan dihantar ke labour room..
Then diorang akan masukkan ubat untuk percepatan bukaan bagi memudahkan Ziela bersalin..
Hmm...So kalau nak tau..kat situ jugak air ketuban Ziela dipecahkan...
Sangat sakit okey!!


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^





Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela