Followers

Pabila Zahra Dilahirkan ~ Part 1 ~

~ Assalamualaikum ~
Alhamdulillah, bersyukur Ziela ke hadrat yang Maha Esa..
hari ni dah pun 32 hari Zahra dilahirkan..

~ Nur Hanis Zahra ~
Nur Hanis Zahra..
Puteri dan permata hati Ziela yang pertama telah selamat dilahirkan pada 1 Januari 2014..
Yes..Zahra anak tahun baru :)
Memang tak disangka-sangka Zahra akan dilahirkan pada tahun baru..

Ziela sememangnya dah diarahkan untuk IOL (induction of labour)
Maksudnya Ziela terpaksa melahirkan 2 minggu lebih awal daripada due 14/01/2014..
So bila dah diarahkan untuk serah diri pada 31/12/2013 tu..Perasaan jadi bercelaru sangat..
Rasa happy sebab dapat jumpa baby yang dikandung lebih awal dari sepatutnye..
Tapi pada Ziela..perasaan takut itu lebih dari segalanya..

Jadinya, pada 31/12/2013 tu Ziela awal2 dah bangun...
solat subuh..doa dipermudahkan segalanya..
So lepas daripada tu Ziela siap2 kemas dan sarapan bersama Encik Suami..
Kami memang sengaja melambat2 kan masa..dan suami yang suruh Ziela bertenang2..
Memandu ke Johor Bahru pun dalam keadaan santai..walaupun Ziela disuruh serah diri jam 8 pagi..
Dan akhirnya menjejakkan kai ke HSAJB jam 10 pagi..

Ziela agak blur2 sikit..lokasi bilik saringan pun Ziela tak tau kat mana..
Syukur ada mak guard yang baik hati tunjukkan kami lokasi bilik saringan tu..
Dalam proses mendaftar..bermacam2 soalan ditanya kepada Ziela..
Dari perihal kesihatan hingga lah latar belakang diri Ziela dan suami..

Akhirnya..masa yang ditunggu2 telah tiba..nama Ziela dipanggil untuk diperiksa bukaan..
Doktornya manis..Ziela tak sempat nak tengok nama beliau..
Beliau berborak2 dengan Ziela dan....urghhh!! 
Sakitnye bila kena seluk!!!
Bukaan baru 1cm...huhu
Ziela disuruh tunggu dulu diluar..
dan suami Ziela setelkan hal2 daftar wad..

Malangnya..walaupun Ziela cuba gunakan GL.
.tapi kat HSAJB ni rupanya GL untuk kelas 2 tak laku..huwaaa..
Maka terpaksa la bercampur seramai2 nya dengan yang lain..
Masa mula2 check in tu..dorang suruh tukar baju..then cek tekanan darah..
Bila tengok tekanan darah Ziela agak tinggi..maka nya..
Keadaan baby haruslah di pantau..
Maka..pakai lah Ziela tali pinggang sakti tu..
Yes..dorang pasang CTG pada perut Ziela untuk tengok denyutan jantung
dan tengok andainya ada any contraction...
so bila dipantau...baby tak aktif..takde sebarang contraction..
Means baby langsung tak gerak walaupun heartbeat ada..
Pada dorang..keadaan tu tak stabil sangat2..
dan akhirnya kes Ziela di rujuk pada doktor bertugas..

Bila dah dirujuk pada doktor..faham2 jela..sekali lagi Ziela diseluk..
Kali ni dengan doktor lelaki Cina..
OMG!!sangat la sakit!!
Bukaan 3cm sekarang..dan beliau decide Ziela kena deliver hari tu jugak..
Sebabnya risaukan keadaan baby yang tak memuaskan..

Alamak..Zahra dah bangun..ending part 1..nanti sambung lagi for part 2..huhu


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

0 orang berminat cerita nie:





Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela