Followers

Doraemon Punya Cerita


Sebagai pembuka cerita...pekata layan nie dulu...
:103::125::103:


~ ingat kan budak kecik...rupanya orang dewasa yang nyanyi?? ~


Ok2..so today aku nak cerita pulak pasal DORAEMON...mesti korang kenal kan dan tau kan??
DORAEMON nie sebenarnya sebuah manga JEPUN popular yang dikarang oleh FUJIO A. FUJIKO & FUJIO F. FUJIKO (nama asal gabungan Hisroshi Fujimoto & Motoo Abiko) sejak tahun 1970 & ia berkisah tentang DORAEMON sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22..
Dia di kurier ke zaman sekarang untuk membantu NOBITA seorang budak yang pemalas bak kerusi malas, agar keturunan susur galur NOBITA dapat menikmati kejayaan & tidak terusan menderita dari segi kewangan yang bakal terjadi di masa depan kononnya..








Cerita DORAEMON pertama kali muncul pada Januari 1970 & diterbitkan dalam 6 majalah yang berlainan secara serentak..
Sejumlah 1344 cerita asal telah direka selama ini & ia diterbitkan oleh Syarikat Shogakukan dibawah jenama komik Tentomushi (Ladybird/Kumbang Kura-kura) yang menjangkau 45 jilid..
Koleksi tersebut telah dikumpul & disimpan dalam perpustakaan Pusar Takaoka di bandar Tayoma Jepun yang mana merupakan tampat kelahiran tanah tumpah darah Fujiko (Fujimoto)

DORAEMON pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1970..
Sungguh sudah lama wujud dalam dunia komik & animasi, DORAEMON merupakan salah 1 watak animasi popular bukan sahaja di JEPUN & MALAYSIA bahkan juga di negara2 Asia & Eropah..

KAREKTOR UTAMA

Nobita Nobi (Nobi Nobita)

Watak utama dalam siri DORAEMON..merupakan anak tunggal kesayangan NOBISUKE & TAMAKO NOBI & seorang murid sekolah rendah di TOKYO..Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja POLO berwarna merah/kuning berkolar putih & berseluar pendek hitam..NOBITA suka sangat tidur siang & malas buat kerja sekolah sehingga sering menimbulkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya..Beliau sangat cuai dan alpa serta selalu dapat markah ZERO dalam ujian..Antara rutin hariannya, datang sekolah lambat, kena denda cikgu, kena gigit anjing, kena pukul oleh GIANT & dibuli SUNEO..



Doraemon

Merupakan pembimbing @ assistant NOBITA yang dihantar ke zaman sekarang oleh keturunan NOBITA pada abad ke-22 iaitu SEWASHI..DORAEMON dihasilkan oleh kilang robot pada 3 SEPTEMBER 2112..DORAEMON asalnya bertelinga tetapi kedua2 dimusnahkan oleh tikus robot pada abad ke-22..Akibatnya DORAEMON mengalami ketakutan/trauma yang melampau terhadap tikus meskipun ia sekadar berupa mainan..Makanan fevret DORAEMON adalah DORAYAKI, sejenis roti berbentuk bulatan roundabout leper & berinti kacang manis..Ramai yang beranggapan DORAYAKI adalah asal usul nama DORAEMON tetapi adalah diketahui daripada jilid 1 bahawa namanya berasal daripada perkataan JEPUN bagi kucing liar iaitu DORA NEKO & part EMON pula merupakan nama JEPUN silam iaitu HORIEMON..Wajah DORAEMON berbentuk bulat diseluruh badannya termasuk kepala, tangan & kaki putih, badan serta ekor merahnya..Berat bersih badan DORAEMON adalah 129.3kg, ketinggian 129.3cm (angka yang sama)..mudah kelam kabut & gabra..


Giant (Nama sebenar Takeshi Gouda / Gouda Takeshi / Gakidaisho (Ketua Jalanan))

Seorang kaki buli & suka mengacau kanak2 lain terutama NOBITA..Gemar menyanyi & inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar sekitar kerana nyanyiannya agak teruk..Ke laut & melampau kuatnya..Namun, dia paling takut dengan ibunya..Ada adik perempuan bernama JAIKO yang gemar melukis..GIANT bercita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal suatu masa nanti..Dia juga mempunyai hobi suka merampas barang2 NOBITA & SUNEO sesuka hati..


Shizuka Minamoto (Minamoto Shizuka) / Sizuka

Seorang gadis yang baik hati, pintar & pemaaf orangnya..Dia menjadi daya tarikan NOBITA..Walaubagaimanapun, NOBITA terpaksa berebut perhatian NOBITA dengan EISAKU DEKISUGI / Chong Meng (dalam komik DORAEMON) seorang murid pandai (macam SIZUKA) sering mendapat markah 100% dalam ujian..SIZUKA sangat suka mandi & akan mandi 10 minit sekali..Maka terdapatlah adegan 18SX yang mana NOBITA terserempak dengan SIZUKA yang sedang mandi secara tidak sengaja..


Suneo Honekawa ( Honekawa Suneo) / Sinyu

Seorang budak kaya yang suka bercakap, berwajah mirip serigala..Suka berbohong & menunjuk2 harta benda aset keluarganya di depan NOBITA & kawan2..Agak cerdik, kadang2 pengetahuan luarbiasa..Pernah cuba membeli DORAEMON untuk tinggal dengannya..


Dorami (Dorai-Chan / Doralin)

Adik perempuan DORAEMON dari abad ke-22..Kadangkala ada mengunjungi NOBITA & DORAEMON di zaman sekarang..


ALATAN AJAIB DORAEMON

Pada dada DORAEMON terdapat poket 4 dimensi yang digunakan untuk mengeluarkan peralatan ajaib yang boleh membantu NOBITA & kawan2 nya..Berikut adalah antara peralatan yang biasa digunakan oleh DORAEMON:

1- Buluh Terbang
Apabila dipasang di kepala ia boleh menerbangkan pemakainya ke langit sejauh 600km pada kelajuan 80 km/j ..

2- Pintu Suka Hati
Pintu ini boleh membawa sesiapa saja pergi ke mana destinasi yang diingini..

3- Mesin Cahaya Masa
Membolehkan DORAEMON & kawan2 merentasi masa..Pintu keluar masuk adalah di dalam laci meja NOBITA.

Mesti korang tersenyumkan baca facts mengenai DORAEMON kat atas..
Yela..teringat kat kat masa lalu..time kecik2..
Kalo nak tau komik DORAEMON kat MALAYSIA ni di alih bahasa & diterbitkan oleh Syarikat Tora Aman..
Animasi DORAEMON pulak mula2 disiarkan kat TV1 menggunakan suara Rohaya Ibrahim sebagai watak suara DORAEMON..
Pastu pindah pulak ke Feel Good Channel NTV7 start tahun 2002 until now..
Apa pun aku yang dah berumur 25 tahun nie pun masih lagi melayan kartun DORAEMON nie..haha..
Ada siapa2 berani nak menafikan ke ke 'best' an kartun DORAEMON nie??



Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

4 orang berminat cerita nie:

Sara D'Luvers said...

W,salam sy suka tengok Doremon time kasih sebap kongsi ye

Ziela Ismail said...

@Sara D'Luvers
Same la..best kan kartun nie ^_^

Unknown said...

like doraemon..hate nobita ^^ bw
nice entry, remind me chilhood =D

Ziela Ismail said...

@Azahari Yassin
remind chilhood??skg dah tak layan ek...hehe..





Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela