Followers

Pra - pernikahan


Last Monday Ziela ambil cuti khas untuk menyetelkan urusan pernikahan Ziela..
Sebelum nie Ziela tak update tentang Ziela ambil borang di pejabat agama,
lepas tu buat HIV test, akuan bujang dan mencari para saksi untuk 
pernikahan Ziela nanti..
Alhamdulillah semua dapat Ziela lakukan dengan mudah dan lancar..

Okay, FYI..Ziela berurusan dengan Pejabat Agama Daerah Pontian..
Alhamdulillah semua selesai walaupun Ziela terpaksa 
berulang dari pejabat agama ke rumah dan kembali ke pejabat agama semula
dek terlupa nak sertakan sijil kematian arwah abah Ziela..
So untuk B2B yang lain, yang mane ayah dah meninggal tu,
 if nak pakai abang sebagai wali, jangan lupa ya sertakan sijil nikah ibubapa 
dan sijil kematian ayah..
Ini untuk negeri Johor je kot..negeri lain Ziela tak tau..

So after hantar semua borang yang berkenaan..
macam biasa la..di Johor kite kena attend inteview..
Soalan2 yang ditanya :

1- Mengucap 2 kalimah syahadah
2- Membaca Al-Fatihah
3- Membaca doa Qunut
4- Munakahat
5- Toharah
6- Tangunggjawab Isteri

Mudah je kan?
After dah setel temuduga, n Ziela LULUS..
Pihak pejabat agama bagi Ziela dokumen yang perlu Ziela tunjukkan
dan serahkan kepada Kadi..

Kadi nie mengikut mukim..
So Ziela dapat Kadi mukim Api2..Ustaz Bachok..
Mungkin Ustaz nie sibuk..jadi memang agak susah nak jumpe..
Ziela sendiri terpaksa berulang banyak kali 
sampai la lepas Asar baru Ziela bertemu di mesjid semasa beliau mengajar kelas mengaji..

Setelah beliau menyemak jadual, seperti yang Ziela pinta,
alhamdulillah dapat jugak Ziela nikah pada 23 Mac tu
selepas Zuhur..Happy nyee...

So setel satu perkara...
Lepas nie nak setelkan yang lain pulak ^_^


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

0 orang berminat cerita nie:





Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela