Followers

Inteview Lagi???


Hurm..semalam mak cakap Ziela dapat surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA..
Ziela terkejut la..bajet mesti pasal Ziela tak bayar hutang PTPK..
huhu..
(memang dah tertunggak 3 bulan pun..)
Rasa cuak pun dah menyelubungi diri..



Then bila tengok je sampul, tersenyum Ziela..
Dapat lagi panggilan temuduga!!
Rasanya nie dah temuduga yang ke 8 kot untuk kerja gomen nie..
Aisey...temuduga untuk jawatan tetap "Pembantu Makmal Gred C4-1"
Memang Ziela tak mengharap sangat pun masa apply kat SPA aritu..
Yela coz ramai yang cakap dorang tengah buat rombakan..
So dorang freeze dulu pengambilan staff baru..
Tapi Alhamdulillah la coz dapat jugak Ziela panggilan temuduga nie..





So pepagi buta nie Ziela search la sikit2..
Pembantu makmal nie apa keje beliau ek??
Lagi2 pembantu makmal sekolah..
Try carik kat web SPA..
So jawapan yang Ziela dapat adalah


Menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Haish...Kimia???Mikrobiologi???
Ziela dah mula susah hati dah nie...
2 subjek yang Ziela hate the most coz kesusah-payahan nak menghafal time SPM dulu2..
Bayangkan la..sekarang Ziela dah 25 tahun tu..
Nak pergi ke previous time dolu2..
Dah berkarat kot..

Hurm..agak2 boleh ke Ziela buat nie..
Harap2 berjaya la Ziela kali nie, walaupun cuma jadi Pembantu Makmal sekolah je..
Saya Tak Kisah!!
Doakan Ziela OK!!


Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

2 orang berminat cerita nie:




Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela