Followers

Berilah Aku Peluang


Tuhan..
Terima kasih kerna Kau kurniakan anugerah tak ternilai tatkala aku sedang menangiss..
Terima kasih kerna kau beri ruang kepada aku untuk bernafas..
Memberikan cahaya untuk aku menyuluh..
Walaupun masih dalam kesamaran..
Sesungguhnya aku berterima kasih kerna Kau datangkan Dia dalam hidupku..

Tuhan..
Aku harap Dia tahu apa di dalam hatiku..
Sesungguhnya aku menyesali atas apa yang terjadi di sepanjang hidupku..
Dan aku terlalu bersyukur atas kehadiran Dia..
Aku amat menyayangi dirinya Ya Rabbi..
Orang yang sedia menerima diriku apa adanya..

Tuhan..
Aku berdoa dan memohon padamu agar memberi aku peluang untuk merasai nikmat bahagia bersamanya..
Walaupun aku tahu masa yang Kau berikan padaku mungkin tidak lama..
Ya Tuhan..Ya Rabbi..aku benar-benar menyintai Dia..

Tuhan..
Andai waktu terhenti dan masa berpusing kembali pada saat aku mengenali Dia dahulu..
Pasti segalanya tidak akan terjadi & aku pasti tidak akan dihantui beribu sesalan di saat ini..
Apapun aku redha atas segala ketentuan-Mu ya Tuhan..
Mungkin ini pengajaran paling berharga dalam hidupku..
Kisah silam yang akan jadi pedoman dalam hidupku untuk selamanya..

Tuhanku..
Sesungguhnya Kau mengajar manusia tentang dua perkara paling besar dalam dunia..
Yang kini baru aku sedar akan kewujudannya..
Cinta & Kematian..
Dua perkara yang saling berpusing bersilih ganti setiap hari..
Kau mengajar manusia untuk sentiasa bersedia menerima cinta & kematian..
Di saat ini, aku cuma bersedia untuk menerima cinta..
Ku harap Kau berilah aku peluang untuk merasai & mengecapi cinta yang selama ini aku damba & aku perlukan..
Kerna di saat ini aku masih belum bersedia untuk menerima kematian..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku redha atas segala yang tertulis untuk hidupku..
Dan aku bersyukur kau kurniakan Dia untukku..
Izinkan aku untuk membina segalanya bersama Dia..
Hasrul Erwan bin Amran..
Insan yang paling aku cintai..AMIN..



Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

0 orang berminat cerita nie:





Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela