Followers

Oh Miss Kimora!!


Korang kenal tak KIMORA LEE SIMMONS??
Laa...takkan tak kenal kot...
Bagi Ziela kan, dia la wanita paling gorgeous!!
Dah la cun melecun + body mantap + kaya raya + sum1 yang berjaya!
Cool kan??




Beliau dilahirkan di St Louis, Missouri. Ibunya adalah Joanne Perkins, kelahiran Korea/Jepun. Bapa kimora, Vernon Whitlock Jr. Afrika Amerika, dan kini merupakan tukang gunting rambut di St. Louis. Membesar di pinggir bandar utara St. Louis Florissant, Missouri, Kimora adalah sasaran menjadi mangsa buli dan selalu diusik, kerana ketinggian (beliau adalah 5 kaki, 10 inci tinggi masa dia berusia 10 tahun) dan keturunan bercampur. Untuk membantu beliau, ibu Simmons mendaftar dalam kelas peragaan ketika dia berumur 11 tahun. Dua tahun kemudian, beliau telah ditemui oleh Marie-Christine Kollock(seorang wakil untuk Paris Agency Glamour) pada Search Model di Kansas City (yang dianjurkan oleh Kay Mitchell) dan dihantar ke Paris. Simmons adalah graduan Lutheran North High School St. Louis, Missouri. 

Setelah lama berkecimpung dalam dunia peragaan, beliau memberanikan diri menceburi bidang perniagaan dengan permulaan menjadi Creative Director dan menjadi partner kepada suami beliau Russel Simmons. Lama kelamaan keinginan untuk melancarkan rekaan baju sendiri wujud dan beliau mula melancarkan KLS collection and Kouture by Kimora Brands pada 2010. Pada 14 September 2011 beliau telah mengumumkan dalam laman web bahawa beliau adalah Creative Director dan President bagi Just Fabulous.


Coolkan...sifat berani beliau la yang buat beliau berjaya dalam idup..Haish...bak kata orang bakat yang beliau ada, beliau tak sia-siakan..Bukan takat hebat dalam modelling saja bahkan dalam bisnes + keluarga..So tak hairan la kenapa ramai yang adore and buat Si Kimora Lee ni jadi idol dorang..

Dalam personal life pulak, Kimora berkahwin dengan Russell Simmons pada December 1998. Beliau memperoleh 2 orang anak Ming Lee Simmons (lahir 21/01/2000) & Aoki Lee Simmon (lahir 16/08/2002). Namun pada March 2006 mereka berpisah dan officially bercerai pada January 2009 setelah tak sehaluan lagi.



Pada March 2007 Kimora mula bercinta dengan pelakon dan model Djimon Hounsou dan pada musim panas 2008 Kimora & Djimon brkahwin dalam majlis perkahwinan penuh tradisi. Kemudian pada May 2009 anak ketiga Kimora dilahirkan dinamakan dengan Kenzo Lee Hounsou.


See??Complete kan life beliau??Hai la Kimora..macamana nak jadi macam hang??Kalo nak tau, Ziela adalah salah seorang peminat setia rancangan beliau nie..Life In A Fab Lane..Kat sini boleh la tengok camana cara Kimora bekerja (tak nak beliau jadi bos Ziela coz garang macam singa..huhu)


Apa pun buat yang sama macam Ziela yang meminati Kimora Lee Simmons..yang baik tu kita ikutla..yang mana tak elok tu jangan la ikut pulak ye..macam dedah2 segala tu, jangan la ikut..pengsan parents korang tengok nanti..kuikuikui..

Cuma berpegang pada 1 moto dalam hidup..

Jangan takut laksanakan mimpi untuk jadi kenyataan..



Terima Kasih Kerana Membaca ^_^

0 orang berminat cerita nie:





Segala Yang Tertulis Adalah Hak Milik Nora Aziela