Amboi..tajuk..bukan main lagi..susu pilihan Encik Papa sebenarnya..mama ikut saja ^_^
Ye..Encik Papa yang cadangkan Ziela untuk teruskan penyusuan Anmum pada Hanis
sebabnya saat mengandung pun sememangnya Ziela minum Anmum Materna..
Kenapa Ziela minum Anmum Materna??
1. Actually Ziela tak minum yang plain..sebab SAYA BUKAN PENGGEMAR SUSU!! So pilihan Ziela adalah coklat..tapi rasanya takdela manis sangat pun macam yang orang kata2 tu..gula dalam darah pun maintain normal je..& baby tak beso pun..2.7kg je..
2. Atas pemahaman dan pembacaan Ziela Anmum Materna ni banyak khasiatnye termasuklah..
Folat: Folat adalah penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel-sel untuk ibu dan janin.
Diuji secara klinikal: Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang mengambil susu yang diperkaya dengan asid folik dapat meningkatkan pada tahap folat dalam darah. Anmum Materna adalah susu tepung yang mengandungi asid folik yang tinggi yang telah diuji secara klinikal.
Gangliosida & DHA: Nutrien yang terdapat di dalam otak. Sel-sel otak penting mula terbentuk seawal 27 hari selepas persenyawaan. Gangliosida boleh meningkatkan keupayaan pembelajaran dan pengekalan ingatan.
Iron: Merupakan faktor dalam merah pembentukan sel-sel darah yang menyokong 50% peningkatan isipadu darah semasa mengandung.
Kalsium: Membantu membina tulang yang kuat
3. Harga pun mampu milik..walaupun agak muai jugak la..tapi as long hubby pun support dan tolong belikan..selagi tu tak jadi masalah..hehe..siapa tanak yang terbaik buat anak bini kan??
Baik..berbalik pada susu pilihan kami untuk Hanis.
Hurm..actually rasa sedih sangat sebab Ziela tak dapat bagi direct bf pada Hanis..Entah macamana Ziela boleh termasuk dalam kategori inverted nipple..puas mencuba..kesian Hanis tercari2 nipple mama..Urghh..sangat tension masa tu..Tapi untuk pengetahuan Ziela tetap jugak susukan Hanis secara perahan..Alhamdulillah masa dalam pantang banyak jugak stok EBM yang Ziela dapat buat..tapi faham jela kan..antara mulut baby dan pam tu tak sama..so tak de stimulate dari mulut Hanis jadinya makin hari breast milk Ziela makin sikit..and bila masuk 2 bulan jadi 1 oz sahaja..Jadinya dari awal lagi Ziela dah campur EBM dengan FM..sebab risau sangat susu tak cukup untuk Hanis..
Lepas je discharge dari ward..balik rumah terus sumbat Hanis dengan Anmum..sebab on dat time breast milk Ziela tak keluar lagi..walaupun nurse kat hospital tu dah picit2..adoii..sakit hokey!!Then after urut dengan bidan barulah susu melimpah ruah..Alhamdulillah..rezeki Hanis..memang Hanis tak kena jaundice pun masa dia lahir..syukur sangat rasa!!Then start dari tu Ziela bagi susu EBM dan FM pada Hanis..until la 3 bulan baru lah Ziela full FM Hanis..kesian dia..hanya mengadap botol susu je..huwaaa..apakan daya..mama tak boleh nak direct BF awak..
Bagi Ziela since dah beberapa bulan bagi Hanis susu Anmum ni..rasa macam tanak tukar dah..walaupun Hanis pernah cirit birit..tu pun sebab salah Ziela la..kurang tekankan isu kebersihan botol susu Hanis (owhh takkan jadi lagi!!promise!!)..Then after dia dah sihat continue terus dengan Anmum..sebab tengok poopoo dia okay je..tak keras..tak cair sangat..tak hijau..semua tak..semua okay2 saja..
Then Ziela tengok perkembangan Hanis sangat bagus..mula belajar meniarap umur 3 bulan..start hold sendiri botol susu on 4 bulan...dan sekarang tengah kepoh2 suka berborak..tak pasti because of susu or memang dia macam tu..Tapi Ziela berharap sangat dia menjadi semakin bijak dan cepat belajar..ibu mana yang tak suka anak bijak kan?
But hari tu kawan Ziela kata bila anak dia nak masuk 6 bulan..dia bertukar kepada Anmum Langkah 2..dat time anak dia cirit birit teruk..sampai la kena warded 3 hari..mula lah hati tak keruan..macamana la giliran Hanis nanti..harap2 tak la jadi ape2..a bit risau..sebab Ziela tak pernah tukar2 susu untuk Hanis..bila nak suruh try n error ni..hmmmm...macam susah je..kesian kat si anak..
Harap sangat dia okay untuk terus continue with Anmum sampai ke besar..Hm..kalau okay..memang jodoh dia dengan Anmum ler sejak dari dalam perut..hehe..
Lama post ni terperap dalam draft..Ziela post jugak la..haha..
Kesian Hanis..kenapa dengan Hanis?
Oh takde pape dengan dia..cuma Ziela kesian kan dia selalu terperap je kat rumah..Biasa la..kami berdua jauh dari papa Hanis..jadinya..bila mama sorang nak bawak Hanis keluar..alahai...bercinta la..Bukan apa..mama nak drive..then mama nak control Hanis kat sebelah tu..aduhai...Actually dia tak la meronta ke apa..cuma dia mudah bosan...Kadang bagi mainan pun..dia baling ke bawah..dah satu kerja mama nak berhenti tepi..menunduk cari mainan dia..huhu
Maka nye..terperap la kami berdua dalam rumah..everytime Ziela cuti pun just melayan dia kat rumah..Kadang2 je..bila terrr rajin Ziela akan bawak dia keluar..tu pun...haha..bawak pergi supermarket beli susu n pampers beliau..haha..